1.0 Pengenalan PBS
Sistem baru yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012 bagi
Tingkatan 1 dan pada tahun 2011 bagi Tahun 1 adalah lebih dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS
merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai dari
bidang akademik dan bidang bukan akademik. Kategori bagi akademik terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) manakala kategori
bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). PBS yang dilaksanakan adalah
dilakukan oleh pihak sekolah sepenuhnya dan dilakukan secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Tujuan utama Kementerian
Pendidikan Malaysia melaksanakan PBS adalah untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dengan
terlaksananya PBS ini terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat dalam
system pendidikan Negara iaitu Pentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
dan perekodan penguasan murid dalam aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS)
2.0
Definisi Penilaian dan Pentaksiran
Penilaian
merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
Pentaksiran
merupakan proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum (KPM.1998)
3.0
Perlaksanaan PBS di Malaysia
Cara
untuk menilai seorang pelajar adalah berdasarkan band seseorang pelajar. Band
merupakan tahap penguasaan murid. Antara Band 1 sehingga Band 6, Band 6
merupakan band yang paling tertinggi manakala Band 1 adalah band yang paling
terendah. Pernyataan standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid
secara umum dalam pembelajaran. Pelajar perlu menguasai setiap deskriptor untuk
menentukan band yang dicapainya. Penguasaan setiap descriptor membuktikan
bahawa pelajar telah menguasai semua standard kandungan pembelajaran band
berkenaan. Namun pelajar boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun
dia belum menguasai setiap descriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar
berdasarkan Sukatan Pelajaran. Deskriptor pula merupakan pernyataan mengenai
tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menilai prestasi
atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. DSP digunakan untuk mentaksir
murid semasa proses PdP. Dokumen kurikulum digunakan oleh guru untuk mengajar.
DSP dicipta untuk menjadi panduan untuk guru bagi menambahbaik Pentaksiran
Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Evidens
terbahagi kepada dua bahagian iaitu evidens (murid) dan evidens (bahan).
Evidens (murid) merupakan pernyataan yang menerangkan bagaimana murid
menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.
Evidens (bahan) merupakan bahan atau apa-apa bentuk bukti yang ditunjukkan oleh
murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.
Bahan evidens juga akan
disimpan dalam dua fail yang berbeza iaitu Fail Perkembangan Murid (FPM) dan
Fail Showcase (FS). FPM adalah fail yang menyimpan evidens perkembangan
pembelajaran murid. Seorang murid akan mempunyai satu FPM yang mengandungi
evidens semua matapelajaran dan setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod
Perkembangan Murid (RPM). RPM pula hendaklah diletakan dihadapan evidens setiap
mata pelajaran. FS pula merupakan fail yang menyimpan setiap evidens terbaik
bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran dalam sebuah kelas atau semua
kelas dalam seluruh tingkatan berkenaan. FS juga hendaklah dijadikan rujukan
piawaian evidens.
4.0 Pendidikan di Finland
Di
Negara Finland pendidikan wajib pendidikana adalah selama 9 tahun iaitu
daripada umur 7 tahun sehingga 16 tahun. Tahap pendidikan di Finland
majoritinya meneruskan pengajian ke peringkat Upper Secondary School seperti yang dilaporkan oleh laman web NBE
pada tahun 2003, 92% pelajar Finland meneruskan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi. Pentaksiran yang dilakukan oleh Negara Finland ini menyerupai
sistem PBS yang dilaksanakan oleh Negara Malaysia. Pengetahuan dan kemahiran
pelajar ditaksir dalam sesuatu matapelajaran oleh seorang guru. Pentaksiran
terakhir akan diputuskan oleh ketua guru yang dibantu oleh guru-guru lain.
Skala gred bermula daripada 4 sehingga 10. Pelajar yang gagal akan diberi
peluang untuk mengambil peperiksaan yang berasingan untuk melengkapkan
keperluan sesuatu matapelajaran.
5.0
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran
Sekolah merupakan satu proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh
diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran Sekolah secara
formatif adah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran manakala Pentaksiran
Sekolah secara sumatif adalah untuk menilai sejauh mana murid telah menguasai
apa yang dipelajari.
Proses
Pentaksiran Sekolah melibatkan aktiviti berikut:
a.
Mengumpul
maklumat yang autentik dan boleh diharap tentang prestasi murid secara
berterusan berdasarkan pernyataan criteria yang jelas dipanggil standard
prestasi dan penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks
b.
Mengelola,
merekod, menterjemah, melapr dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid
oleh guru semasa dan sepanjang dan di hujung proses PdP berlangsung
c.
Menggunakan
kepelbagaian maklumat
d.
Membuat
penilaian dan melapor secara verval dan/atau bertulis tentang prestasi,
potensi, pencapaian dan keperluan murid.
Bagi kedua-dua cara PS tersebut guru dan murid merujuk
kepada satu set pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh
sekolah berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran. PS dilaksanakan mernggunakan pelbagai kaedah, alat,
teknik, dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di
peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan
lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Evidens PS
dikumpulkan dalam portfolio. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini
membolehkan guru membuat keputusan tentang:
a) sejauh mana murid telah belajar dan mencapai standard tertentu
b) Strategi pengajaran dalam pembelajaran berikutnya.
Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai
kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat dan penting
dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat
memberikan sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran mereka.
Pentaksiran dapat memberikan sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran
apabila direka bentuk dengan teliti dengan mengambil kira aspek yang berikut :
a) Kejelasan konstruk yang ditaksir
b) Bentuk
c) Kegunaan
d) Aras Kesukaran
e) Bagaimana cara mentaksir
f) Kekerapan
g) Masa
h) Maklumbalas
a) Kejelasan konstruk yang ditaksir
b) Bentuk
c) Kegunaan
d) Aras Kesukaran
e) Bagaimana cara mentaksir
f) Kekerapan
g) Masa
h) Maklumbalas
·
Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid:
Ø
Berusaha
ke arah yang sejajar dengan criteria yang telah diketahui dan difahami lebih
awal
Ø
Menganalisis
pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki
Ø
Mensintesis
dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta
Ø
Mempamerkan
kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan kepakaran
Ø
Belajar
dengan kaedah sendiri
Ø
Reflektif
dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya
Ø
Berupaya
melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza
Ø
Bertanggungjawab
terhadap pembelajaran
Ø
Melalui
proses pembelajaran yang Berjaya
Ø
Berupaya
bersaing di tahap yang lebih tinggi
Pentaksiran mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu :
§
Pentaksiran
tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi
murid)
§
Pentaksiran
untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan
pembelajaran).
6.0
Klasifikasi Band
BAND
|
PENGKELASAN
|
1
(Tahu)
|
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
member respons terhadap perkara asas.
|
2
( Tahu dan Faham)
|
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
penterjemahan serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
|
3
( Tahu, Faham dan Boleh Buat)
|
Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
|
4
( Tahu, Faham & Boleh Buat dengan Beradab)
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.
|
5
( Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
|
6
( Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)
|
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk
digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan
inovatif serta boleh dicontohi.
|
7.0 Kebaikkan PBS
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan memansuhkan penilaian pelajar menerusi
peperiksaan PMR dan SPM adalah merupakan satu transformasi sistem pendidikan
Negara. Sistem terbaru ini dapat menilai pelajar secara keseluruhannya dari
segi akademik dan bukan akademik. Pentaksiran merupakan proses untuk mengesan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh
berasaskan matlamat kurikulum (KPM,1998).
Selain
itu, melalui sistem PBS ini guru dapat menilai potensi murid dengan melihat
daripada pencapaian daripada soalan PBS yang diberikan kepada pelajar setelah
guru habis mengajar sesuatu subtopik. Disamping itu, guru juga boleh
memperbaiki cara pengajaran guru sekiranya guru mendapati pelajar tidak dapat
mengangkap apa yang telah diajar.
8.0 Kelemahan PBS
Salah
satu yang menjadi isu bagi PBS ini dalam kalangan ibubapa adalah kebolehpercayaan
guru. Kita sedia maklum bahawa guru mempunyai komitmen yang amat besar setelah
PBS ini dijalankan. Penilaian PBS ini adalah seratus peratus terletak pada
tangan guru itu sendiri. Namun sejauhmana seseorang guru itu mampu untuk
menjadi insan yang telus dalam memasukkan data dalam sistem pangkalan data PBS.
Kita merupakan insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Sejauhmana
seseorang guru itu mampu menahan emosi mereka untuk bertahan apabila kelas yang
diajar oleh mereka itu setiap kali memberikan masalah kepada mereka saban hari
tanpa henti. Kadangkala ada juga guru yang tidak berani untuk menerima cabaran
kerana khuatir sekiranya nazir akan datang apabila memberikan Band 6 terhadap
pelajar tersebut. Sekiranya pelajar tersebut layak untuk mendapatkan Band 6
guru seharusnya memberikannya kepada pelajar.
Lambakkan
kerja guru juga merupakan satu faktor dimana menjadi permasalahan dalam
kalangan guru. Kita sedia maklum bahawa tugas guru bukan hanya mengajar untuk
mengejar silibus malahan guru juga diberikan tugasan masing-masing untuk
menjadi penasihat dalam sesuatu persatuan. Guru juga perlu menyemak
latihan-latihan yang diberikan kepada pelajar. Begitu banyak tugasan guru yang
kebanyakkan orang luar tidak pernah mengetahuinya. Semenjak PBS ini muncul,
kebanyakkan guru diluar sana merungut kerana bebanan kerja mereka semakin
bertambah dan amat melecehkan. Setiap kali guru habis mengajar suatu subtopik
guru perlu memberikan soalan PBS kepada pelajar untuk dijawab. Sekiranya guru
mengajar 4 buah kelas dan kelas tersebut mempunyai 30 orang pelajar serta
soalan yang terdapat dalam satu kertas soalan PBS adalah 5 soalan. Terlalu
banyak kertas soalan yang perlu guru semak dan teliti satu persatu setiap hari. Namun tugas seorang guru belum habis setakat itu, guru terpaksa memasukkan evidens tersebut ke dalam Fail Showcase untuk dijadikan evidens yang terbaru dan memindahkan evidens yang lama ke dalam Fail perkembangan murid jadi terdapat 120 buah fail yang perlu dihadap oleh guru saban hari.
Tetapi semua permasalah tersebut tidak terhenti hanya di situ, terdapat masalah lain yang timbul sehinggakan permasalahan ini menjadi tajuk utama di dada akhbar. Permasalahan yang timbul dan menjadi isu hangat itu adalah sistem pangkalan data PBS yang seringkali menjadi buah mulut guru buat masa ini. Guru terpaksa memasukkan data pelajar ke dalam sistem ini satu persatu. sekiranya guru mempunyai jumlah pelajar seramai 120 orang pelajar, guru terpaksa memasukkan semua data tersebut ke dalam sistem pangkalan data PBS ini. Namun itu tidak menjadi permasalahan yang besar. Dugaan yang perlu dihadapai oleh guru adalah rangkaian internet yang lembab dan juga server yang tidak dapat ditembusi kerana berlakunya kesesakan server sehinggakan guru terpaksa membawa kerja yang tertunggak ini balik ke rumah dan dilaksanakan di rumah. Sekiranya guru hanya dapat menembusi sesawang ini pada lewat malam guru terpaksa bersengkang mata hanya untuk memasukkan data ini pada lewat malam dan mengakibatkan kualiti tidur guru terganggu. Kualiti kerja guru juga akan turut sama terganggu.
9.0 Penutup
Usaha kerajaan dalam memperbaiki sistem pendidikan
Negara merupakan satu hasrat yang sangat baik. Setelah bertahun lamanya kita
masih berada di takuk yang lama tanpa adanya peningkatan yang membanggakan
dalam sektor pendidikan. Seperti kita sedia maklum sebelum Pentaksiran
Berasaskan sekolah diwujudkan, para murid di nilai melalui peperiksaan besar
iaitu UPSR, PMR dan SPM. Murid hanya akan diuji setelah murid berada di tahun 6
setelah belajar dari darjah 1 sehinggalah darjah 6. Begitu juga PMR, murid
hanya dinilai setelah 3 tahun bersekolah iaitu daripada tingkatan 1 sehingga
tingkatan 3. Namun begitu kita sendiri dapat melihat kelemahan sistem
pendidikan tersebut iaitu kita tidak dapat menilai pelajar secara keseluruhannya
daripada segi akademik. Sebagai contoh semasa peperiksaan pemeriksa tidak tahu
bahawa pelajar tersebut sakit perut dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
menjawab soalan peperiksaan. Secara rumusan, kita tidak dapat menilai 100%
berdasarkan kertas jawapan peperiksaan semata-mata.
Setelah
wujudnya sistem PBS ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru untuk
mentaksir pelajar dengan lebih tepat berdasarkan standard-standard yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Walaupun kita sendiri tahu bahawa setiap
yang dilaksanakan tidak akan seratus peratus dapat diterima kerana setiap
sistem ada kebaikkan dan kelemahannya yang tersendiri. Namun guru haruslah
telus dalam mentaksir satu-satu murid.